rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Gambor arnab..

So, nie la gambar arnab2 saya..,Sapa otai arnab boleh tak bgtahu jenis arnab nie sbb tanya kat taukeh kedai aritu dia pun tak tahu...


Arnab nie bulu agak panjang dan lebat. Arnab jenis apa ye?Jantina : Betina, Usia : 1 1/2bulan



yang nie plak ada bulu hitam keliling mata dia, mcm pakai spek..,Pun tak tahu jenis apa..
Jantina : Jantan, Usia : 1 1/2bulan

Arnab nie beli hari Isnin lepas, kaler hitam penuh, ada line putih skit kat kepala dan kaki..
Jantina : Betina, Usia : 1 1/2bulan

Setakat 3 ekor arnab dulu lah..,Baru nak belajar cara bela arnab..,Insyallh akan ditambah dari semasa ke semasa...Kandang arnab pun lom siap lagi, Buat sementara rak pinggan lama jadi rumah arnab nie..Kira ok la kan.. Salam.


Fakta Tentang Arnab

:-: Daging arnab dikategorikan sebagai daging putih (white meat)

:-: Kandungan kalori daging arnab adalah 1752.7 bagi setiap kilogram. Berbanding daging ayam 1785.7, daging rusa 1851.8, daging ayam belanda 2623.5, daging kambing 3130.6, daging lembu 3174.6

:-: Kandungan protein daging arnab adalah yang tertinggi

:-: Kandungan lemak daging adalah yang terendah dengan kadar 63% lemak tidak tepu

:-: Paras kolesterol dalam daging arnab adalah jauh lebih rendah berbanding daging ayam, ayam belanda, daging lembu

:-: Jabatan Pertanian Amerika Syarikat telah menyarankan daging arnab sebagai daging yang terbaik untuk manusia

:-: Kajian menunjukkan bahawa daging arnab sesuai untuk pesakit jantung, orang-orang tua, gizi rendah natrium dan gizi kawalan berat badan

:-: Oleh kerana daging arnab senang dihadam, ia telah disarankan oleh doktor kepada pesakit-pesakit yang tidak boleh memakan jenis daging-daging lain

Credit to : http://newhillz-rarebits.blogspot.com/

Penjagaan Anak Arnab Tanpa Induk

Penjagaan Anak Arnab Tanpa Induk

Ibu arnab akan menyusukan anaknya lebih kurang 5 minit sehari. Selalunya ibu arnab akan memasuki sarangnya pada waktu pagi dan petang. Susu arnab diperkayai dengan protein berkualiti, ia membolehkan anak arnab mendapat bekalan protein yang secukupnya walaupun hanya menyusu untuk tempoh yang sebentar. Ibu arnab tidak akan mendampingi anak-anaknya untuk memanaskan badan mereka sebagaimana mamalia lain dan burung. Oleh yang demikian sarang dibina daripada bulu dan rumput bagi memastikan anak arnab mengekalkan suhu badan mereka. Jangan sesekali memaksa ibu arnab untuk duduk di dalam sarang. Anda boleh memeriksa samada anak arnab mendapat susu yang secukupnya dari ibu mereka dengan mengangkat mereka dan melihat saiz perut (pastikan perut mereka tidak kempis), kulit kelihatan kemerah-merahan, dan kadar aktiviti (mereka tidak kelihatan kebiruan dan tidak bermaya). Anak arnab seharusnya senyap sepanjang hari, jika mereka berbunyi, itu menunjukkan mereka kelaparan.

Adakalanya anda akan menghadapi situasi dimana anak arnab menjadi tidak beribu, seperti kematian ibu atau ibu enggan menjaga anaknya ibu. Jika perkara ini berlaku, anda boleh menyusukan anak arnab dengan susu gantian seperti susu tepung kucing. Pastikan anda hanya memberi susu 2 kali sehari. Pemberian susu berlebihan boleh menyebabkan masalah usus dan mengakibatkan kematian. Berikan anak arnab kotak didik yang selesa dan dialas dengan tuala yang bersih, tutup anak dengan tuala untuk memasti suasana gelap. Jangan bekalkan haba sekiranya suhu persekitaran adalah panas. Haba yang berlebihan boleh membawa maut. Jika suhu sejuk, anda boleh meletakkan pad pemanasan, pastikan kedudukannya tidak melebihi separuh dari sarang. Anak arnab akan bergerak ke kawasan yang sejuk jika ia merasa panas

Anda boleh menggunakan susu gantian kucing untuk tujuan penjagaan anak arnab. KMR (Kitten Milk Replacer) boleh didapati di kebanyakan kedai haiwan kesayangan. Anda juga boleh menggunakan susu kambing.

Berikut adalah panduan penjagaan anak arnab bagi baka yang BERSAIZ DEWASA sekitar 2.6 kilo. Sukatan boleh ditambah untuk baka yang lebih besar. Gunakan sukatan susu yang diberi dan dibahagi kepada 2.

Baru lahir sehingga satu minggu: 2 - 2+1/2 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari).

1-2 minggu: 5-7 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari) (bergantung kepada arnab, saiz kecil akan minum kurang sedikit).

2-3 minggu: 7-13 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari). Anak arnab domestik akan mula membuka mata pada hari kesepuluh. Arnab boleh mula diperkenalkan kepada makanan seperti jerami rumput, pellet serta air.

3-6 minggu: 13-15 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari) arnab domestik akan mula cerai susu pada umur 6 minggu.Jika anda memiliki arnab dewasa yang sihat, kumpulkan cecotropes (tinja lembut coklat cerah yang arnab biasanya makan semula). Tinja ini kemudiannya dicampur dengan susu untuk membekalkan bakteria berguna kepada usus arnab. Anda hanya memerlukan satu cecotropes setiap hari dan diberi selama 4-5 hari. Ini amatlah penting terutamanya arnab dibawah umur sebulan

Pastikan anak arnab berak dan kencing selepas disusukan. Ini untuk memastikan fungsi salur usus dan salur kencing berjalan lancar. Gunakan putik kapas yang lepas dilembapkan dengan air suam dan gosok secara lembut dibahagian dubur. Anak arnab akan mula berak dan kencing, terus mengosok sehingga anak arnab berhenti berak dan kencing. Ini lah cara ibu arnab merangsang anaknya untuk berak dan kencing serta membersihkan najis anaknya.Anda boleh mula memberikan alfalfa hay, timothy hay dan rumput kering kepada anak arnab apabila mereka mula membuka mata. Seterusnya memberi pellet setelah mereka berumur 2 minggu.

Penjagaan Arnab

Penjagaan Anak Arnab

Pada kebiasaannya, ibu arnab akan menjaga anaknya sebaik mungkin. Akan tetapi jika berlaku situasi dimana ibu tidak menyusukan anak atas sebab kurang mahir, atau kurang sihat. Maka perlulah, kita membantu, dgn memegang ibu arnab secara terlentang, dan meletakkan anak-anak pada puting susu. Arnab-arnab yang sihat akan mula menghisap puting untuk mendapatkan susu. Perut anak arnab akan kelihatan keputihan dati bawah sekiranya ia memperolehi susu secukupnya. Jika dilihat dari atas, bahagian perut akan kelihatan cembung ke tepi menandakan ia dipenuhi susu
Rutin in perlu diulang 2 kali sehari, sekali pagi sekali petang sehingga arnab berumur 14 hari.
Pastikan ibu arnab dibekalkan makanan berkhasiat untuk penghasilan susu yang baik.

Bagi kes kematian ibu, anda boleh menyediakan campuran susu dan menyuap anak arnab menggunakan picagari 2 kali sehari.

Penjagaan Seharian

Pagi : Bekalkan makanan yang baru dan segar serta isi bekas minuman dengan air minuman yang segar.Bersihkan segala najis serta kotoran.Periksa jika makanan telah dimakan dan najis adalah normal. Periksa juga jika botol minuman berfungsi dengan baik.

Petang : Tambah makanan(pellet) dan bekalkan rumput "hay" atau keledek.

Malam : Tambah makanan yang baru dan segar serta isi bekas minuman dengan air minuman yang segar. Bersihkan segala najis serta kotoran.Periksa jika makanan telah dimakan dan najis adalah normal. Periksa juga jika botol minuman berfungsi dengan baik. Arnab makan lebih byk pada waktu malam. Hampir 75%

Penjagaan Mingguan

Bersihkan tempat arnab anda. Sikat bulu arnab anda(jika arnab anda baka yang berbulu tebal dan panjang seperti angora).Basuh botol minuman arnab anda dengan berus yang sesuai.Berikan arnab anda sedikit kudapan(makanan tambahan) seperti buah-buahan atau sayuran tetapi hendaklah di dalam kuantiti yang sedikit saja.

Penjagaan Bulanan

Bersihkan dan gosok tempat arnab anda dengan menggunakan ubat pembasmi kuman seperti dettol ataupun clorox untuk membasmi bakteria. Jangan simpan arnab anda ke dalam tempat mereka sehingga tempat itu kering sepenuhnya.Anda juga harus memeriksa kuku arnab anda.Jika sekiranya panjang,anda haruslah memotong kuku arnab anda supaya anda tidak dicakar dengan kuat olehnya ketika anda mengangkatnya. Potong bahagian hujung saja. Periksa juga gigi arnab anda kerana gigi arnab akan tumbuh sepanjang hayatnya dan sebab itulah anda harus menyediakan sesuatu keras seperti dahan pohon buah-buahan untuk arnab anda mengigitnya.

Credit to : http://newhillz-rarebits.blogspot.com/

Bermulanya Satu Perjalanan

Salam,..

Hari nie 27/12/2009 ,maka bermulalah dimensi baru kehidupan dua ekor arnab yg aku beli dengan harga RM20 seekor..Dua2 kaler putih.. Gambar aku update kemudian..Baru nak berjinak2 bela arnab...,Byk lagi nak belajar ttg penjagaan arnab nie..Harap otai2 arnab dpt membantu :)

Welcome

Salam geng2 arnab,..

Hari nie dengan rasminya saya membuka blog nie..,Di sini saya akan membincangkan dan berkongsi pandangan dan cadangan berkenaan ternakan arnab.
Bugs Bunny 5 Coloring Page For Kids From Fun With Pictures