rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Penjagaan Anak Arnab Tanpa Induk

Penjagaan Anak Arnab Tanpa Induk

Ibu arnab akan menyusukan anaknya lebih kurang 5 minit sehari. Selalunya ibu arnab akan memasuki sarangnya pada waktu pagi dan petang. Susu arnab diperkayai dengan protein berkualiti, ia membolehkan anak arnab mendapat bekalan protein yang secukupnya walaupun hanya menyusu untuk tempoh yang sebentar. Ibu arnab tidak akan mendampingi anak-anaknya untuk memanaskan badan mereka sebagaimana mamalia lain dan burung. Oleh yang demikian sarang dibina daripada bulu dan rumput bagi memastikan anak arnab mengekalkan suhu badan mereka. Jangan sesekali memaksa ibu arnab untuk duduk di dalam sarang. Anda boleh memeriksa samada anak arnab mendapat susu yang secukupnya dari ibu mereka dengan mengangkat mereka dan melihat saiz perut (pastikan perut mereka tidak kempis), kulit kelihatan kemerah-merahan, dan kadar aktiviti (mereka tidak kelihatan kebiruan dan tidak bermaya). Anak arnab seharusnya senyap sepanjang hari, jika mereka berbunyi, itu menunjukkan mereka kelaparan.

Adakalanya anda akan menghadapi situasi dimana anak arnab menjadi tidak beribu, seperti kematian ibu atau ibu enggan menjaga anaknya ibu. Jika perkara ini berlaku, anda boleh menyusukan anak arnab dengan susu gantian seperti susu tepung kucing. Pastikan anda hanya memberi susu 2 kali sehari. Pemberian susu berlebihan boleh menyebabkan masalah usus dan mengakibatkan kematian. Berikan anak arnab kotak didik yang selesa dan dialas dengan tuala yang bersih, tutup anak dengan tuala untuk memasti suasana gelap. Jangan bekalkan haba sekiranya suhu persekitaran adalah panas. Haba yang berlebihan boleh membawa maut. Jika suhu sejuk, anda boleh meletakkan pad pemanasan, pastikan kedudukannya tidak melebihi separuh dari sarang. Anak arnab akan bergerak ke kawasan yang sejuk jika ia merasa panas

Anda boleh menggunakan susu gantian kucing untuk tujuan penjagaan anak arnab. KMR (Kitten Milk Replacer) boleh didapati di kebanyakan kedai haiwan kesayangan. Anda juga boleh menggunakan susu kambing.

Berikut adalah panduan penjagaan anak arnab bagi baka yang BERSAIZ DEWASA sekitar 2.6 kilo. Sukatan boleh ditambah untuk baka yang lebih besar. Gunakan sukatan susu yang diberi dan dibahagi kepada 2.

Baru lahir sehingga satu minggu: 2 - 2+1/2 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari).

1-2 minggu: 5-7 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari) (bergantung kepada arnab, saiz kecil akan minum kurang sedikit).

2-3 minggu: 7-13 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari). Anak arnab domestik akan mula membuka mata pada hari kesepuluh. Arnab boleh mula diperkenalkan kepada makanan seperti jerami rumput, pellet serta air.

3-6 minggu: 13-15 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari) arnab domestik akan mula cerai susu pada umur 6 minggu.Jika anda memiliki arnab dewasa yang sihat, kumpulkan cecotropes (tinja lembut coklat cerah yang arnab biasanya makan semula). Tinja ini kemudiannya dicampur dengan susu untuk membekalkan bakteria berguna kepada usus arnab. Anda hanya memerlukan satu cecotropes setiap hari dan diberi selama 4-5 hari. Ini amatlah penting terutamanya arnab dibawah umur sebulan

Pastikan anak arnab berak dan kencing selepas disusukan. Ini untuk memastikan fungsi salur usus dan salur kencing berjalan lancar. Gunakan putik kapas yang lepas dilembapkan dengan air suam dan gosok secara lembut dibahagian dubur. Anak arnab akan mula berak dan kencing, terus mengosok sehingga anak arnab berhenti berak dan kencing. Ini lah cara ibu arnab merangsang anaknya untuk berak dan kencing serta membersihkan najis anaknya.Anda boleh mula memberikan alfalfa hay, timothy hay dan rumput kering kepada anak arnab apabila mereka mula membuka mata. Seterusnya memberi pellet setelah mereka berumur 2 minggu.

2 comments:

Angin Selat Melaka said...

As'kum.

Kalau anda tidak kisah, bersamalah kita mengetengahkan bidang Penjagaan Haiwan dan Alam sekitar supaya ia menjadi salah satu bidang penting di negara kita (mcm mat salleh, eropah dan juga negara2 maju yg menjadikan bidang ini suatu bidang yg penting bagi kajian saintifik). Kpd yg prihatin terhadap haiwan peliharaan, sila luangkan masa di:

Penawar Kesihatan Haiwan Peliharaan

Semoga bangsa kita maju dan maju. Sekian, terima kasih.

Mesuet syamil said...

As'kum


kalau anak arnab tu luka kat perut boley sembuh ke..anak arnab tu luka sebab tengah menyusukan tetiba mak dia mengamuk dan tercakar perut anak dia...

Post a Comment